Tuesday 1 May 2012

PUTRAJAYA URBAN ADVENTURE CHALLENGE 2012


Putrajaya Urban Adventure Challenge 2012 (“PUAC 2012”)  dengan bertemakan “Are you fast enough?” merupakan acara sukan berbentuk adventure race dimana ia merupakan satu pertandingan sukan lasak yang memerlukan kerjasama dalam satu pasukan. Kesemua disiplin yang ditetapkan adalah untuk menguji keupayaan sebenar para peserta dari segi kekuatan fizikal dan kecergasan mental dan secara tidak langsung menguji tahap kerjasama bagi setiap pasukan.

PUAC 2012 merupakan acara sukan lasak dalam bandar yang julung kalinya akan diadakan di Putrajaya. PUAC 2012 akan bermula di Taman Putra Perdana Putrajaya dan akan melalui beberapa kawasan checkpoint  yang telah disediakan. Kawasan-kawasan checkpoint yang terlibat adalah merupakan taman-taman rekreasi yang telah dimajukan oleh pihak Perbadanan Putrajaya. Dengan kerjasama daripada pihak Perbadanan Putratajaya, PUAC 2012 secara tidak langsung akan memperkenalkan taman-taman rekreasi Putrajaya kepada para peserta dari pelusuk negara.

Pelbagai hadiah menarik akan menanti para peserta dan hadiah berbentuk wang tunai dan produk akan menanti para pemenang.

No comments:

Post a Comment